4. Fasik
Fasiq/Fasik (Bahasa
Arab:
فاسق) berasal
dari akar kata fasaqa-yafsiqu/yafsuqu-fisqan-fusûqan.Secara etimologis
(bahasa), dalam ungkapan Arab, fasiq
maknanya adalah keluar dari sesuatu atau keluar/menyimpang dari perintah.Secara
terminologis (istilah), orang fasiq
adalah orang yang menyaksikan tetapi tidak meyakini dan melaksanakan. Ia juga
bermaksud melakukan maksiat, meninggalkan perintah Allah, dan menyimpang dari
jalan yang benar.
Menyimpang dari agama
Fasiq juga bererti menyimpang dari
agama dan cenderung pada kemaksiatan; sebagaimana iblis melanggar (fasaqa)
perintah Allah, yakni menyimpang dari ketaatan kepada-Nya. Atau orang yang
mengaku beragama Islam akan tetapi senantiasa berbuat dosa/kemaksiatan.
Fasiq juga bererti keluar dari
kebenaran. Kerana itu, fasiq
kadang-kadang bererti syirik dan kadang-kadang bererti berbuat dosa. Seseorang
dikatakan fasiq jika ia
sering melanggar aturan/perintah. Fasiq juga bererti keluar dari sikap
istiqamah dan bermaksiat kepada Tuhan. Kerana itu, seseorang yang gemar berbuat
bermaksiat disebut orang fasiq.
Ciri-ciri Orang yang Fasiq
- Tidak berhukum dengan hukum Allah
“
|
Dan
barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka
mereka itu adalah orang-orang yang fasiq.”
(TMQ al-Maidah [5]: 47)
|
”
|
- Mempersoalkan perbandingan Allah
Sesungguhnya
Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke
suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmahnya), iaitu
kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa
perbandingan itu benar dari Tuhan mereka dan kalau orang-orang kafir pula
maka mereka akan berkata: Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan
benda ini? (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan ramai orang sesat dengan sebab
perbandingan itu dan akan menjadikan ramai orang mendapat petunjuk dengan
sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu
melainkan orang-orang yang fasiq”.
(TMQ al-Baqarah [2]:26)
|
”
|
Larangan Mempercayai Orang yang Fasiq
“
|
“Wahai
orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu
berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu
telah lakukan.” (TMQ al-Hujurat [49]:6)
|
”
|
Allah tidak akan memberi petunjuk hidayah
“
|
“(Orang-orang
munafik itu) sama sahaja engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak
meminta ampun bagi mereka. Jika engkau (wahai Muhammad) meminta ampun bagi
mereka tujuh puluh kali (sekalipun) maka Allah tidak sekali-kali mengampunkan
mereka; yang demikian itu, kerana mereka telah kufur kepada Allah dan
RasulNya; dan Allah tidak akan memberi petunjuk hidayah kepada kaum yang fasiq.” (TMQ At-Taubah
[9]:80)
|
”
|
Azab Neraka Balasan Orang yang Fasiq
“
|
“(Jika
demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasiq? Mereka tidaklah sama
(dalam menerima balasan). Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan
bagi apa yang mereka telah kerjakan. Dan sebaliknya orang-orang yang fasiq, maka tempat kediaman
mereka ialah Neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu,
mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah azab
Neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu.” (TMQ As-Sajadah
[32]:(18-20)
|
Murtad
Murtad bermaksud meninggalkan ("keluar")
dari sesuatu agama. Orang murtad boleh beralih kepada agama
yang lain atau memilih untuk kekal tanpa agama (ateisme).
Terdapat juga
orang yang murtad tetapi masih mengaku kekal dalam agama yang sama. Ini terjadi
apabila seseorang itu menolak sebahagian asas kepada agama mereka tersebut
tetapi patuh kepada asas yang lain. Dalam Islam, mereka yang mengaku kekal
dalam Islam tetapi melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran
Islam, dianggap sebagai musyrik.
Faktor
berlakunya gejala murtad di Malaysia
1. Lemah
pegangan agama.
2. Jahil
tentang akidah dan hukum-hakam Islam.
3. Menyedari
tentang kebaikan dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam agama lain.
4. Faktor
perkahwinan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar